Friday, October 26, 2007

tHe LaTest IsSuE...



AMARAN BANJIR MELALUI SMS

KUALA LUMPUR- Jabatan Pengaiaran dan Saliran (JPS) akan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai sistem amaran banjir terbaru untuk orang ramai dengan kawasan pertama melibatkan penduduk sekitar Sungai Damansara.
Ketua Pengarah JPS Datuk Paduka Ir Keizrul Abdullah berkata," melalui sistem siren dulu, ada orang merungut tak dapat dengar bunyi siren, jadi kami naik taraf sistem itu supaya apabila siren berbunyi automatik, sistem kami akan menghantar melalui SMS untuk mereka yang berdaftar".
Keizeul berkata lagi JPS juga kini mempunyai sistem yang membolehkan ramalan dan amaran banjir dibuat seawal 12 jam sebelum banjir berlaku dengan menggunakan model komputer yang mengambil kira taburan hujan.
"Buat masa ini sistem ini hanya boleh didapati di beberapa tempat seperti Sungai Kelantan, Sungai Pahang dan Sungai Muda......."- BERNAMA.
................................................................
Berdasarkan info di atas alternatif ini merupakan tanda kerajaan Malaysia sentiasa prihatin dengan keadaan semasa demi kesejahteraan rakyat. Untuk kemudahan berjaga-jaga pihak JPS akan melaksanakan sistem pesanan ringkas (SMS) bagi menyebarkan maklumat agar kita dapat bersiap sedia dengan lebih awal bagi menghadapi sebarang musibbah. Pengalaman lalu, mengajar kita agar lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan persekitaran. Malapetaka, bencana datang tanpa di duga.
Seperti yang kita sedia maklum bencana alam ini bukan sekadar membinasakan harta benda tetapi juga mampu mengancam nyawa manusia. Rentetan peristiwa lalu menyedarkan kita untuk sentiasa berwaspada, bencana alam baru-baru ini iaitu gempa bumi dan serangan ombank Tsunami yang melanda kawasan pantai di Lautan Hindi telah mengorbankan hampir 125,000 orang.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berwaspada walau di mana jua berada. Teknologi kita perlu dikemaskini dan ditingkatkan penggunaanya agar dapat membantu kita untuk sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang musibbah. Walaupun orang mengatakan malang itu tidak berbau tetapi tidak salah sekiranya jika kita berusaha untuk memperlengkapkan diri bagi menghadapinya.
~OrI by: hAYaTi

No comments: