Saturday, September 29, 2007

' bAh mElAnDa'

HaRi InI DaLaM SeJArAh
'BAH' di KoTa TinggI, JoHor

Kota Tinggi merupakan sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi.


Peta: Kawasan Kota Tinggi, Johor.






Hari ini dalam sejarah mengemparkan seluruh rakyat Malaysia dengan musibbah 'BAH' yang telah melanda. Tiada siapa menyangka Kota Tinggi yang disangkakan tinggi akhirnya tenggelam bagaikan sebuah pulau terapung di lautan luas. Detik hitam itu akan tersemat utuh dalam diri penduduk di kota Tinggi. Pada 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda musibbah iaitu 'BAH' yang paling besar dalam sejarah kehidupan. Banjir ini berlaku pada 2 tahap yang berlainan.

Surutnya air pada tahun baru 2007 disangkakan menamatkan kegusaran di hati penduduk namun jangkaan tersebut meleset sama sekali apabila sekali lagi 'BAH' menerjah masuk dengan lebih dasyat pada 11 Januari 2007. Sekali lagi kesayuan, kepiluan meruntun naluri penduduk. Keadaan menjadi lebih mendukacitakan mengharuka, di sana sini terdengat tangisan, rintihan, ratapan melihat kemusnahan yang berlaku di hadapan mata.

Gambar situasi semasa banjir:




Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.......

Kemusnahan, kerosakan, kerugian yang dialami mangsa banjir tidak dapat lagi diungkapkan dengan kata-kata. Secara mata kasar kita dapat lihat segala kemusnahan, kita yang bukan mangsa keadaan cukup terasa dengan apa yang telah berlaku ini kan pula mangsa-mangsa banjir itu sendiri. Banjir yang mencecah kira-kira sedalam 5.45 meter berbanding banjir yang pernah berlaku59 tahun dahulu iaitu tahun 1948 pada aras 4.9 meter .

Hujan lebat yang tidak berhenti-henti selama seminggu merupakan faktor semulajadi yang menyebabkan bencana BAH ini berlaku. Rumah-rumah ditenggelami air, di hanyut kan arus, landskap menjadi dataran banjir dan premis-premis perniagaan musnah sama sekali. Pemandangan fizikal Kota Tinggi telah berubah sama sekali.



NuKiLaN_oRi: hAyAtI

No comments: